Pernah tidak kita terfikir,bertapa beruntungnya kita hari ini?Al-Quran yang dibaca, sudah sedia terhimpun dan dengan mudah kita baca helaian demi helaian.Begitu mudah...Alhamdulillah.Bayangkan apa yang akan berlaku pada kita hari ini jika Al-Quran,kalam suci ALLAH tidak dikumpulkan,disusun dan disatukan ketika dahulu?Pasti lebih dasyatlah onar kehidupan jahiliyah abad ke-20 ini
"Demi ALLAH,seandainya mereka memintaku memindahkan gunung dari tempatnya,pasti kurasa lebih mudah perintahnya dari tugasan menghimpunkan Al-Quran"
Inilah tugas berat yang mahu atau tidak,seorang pemuda cerdasdan tinggi semangatnya ini,selesaikan.Bukan alasan,tapi sememangnya tugasan ini amat berat kerana dikhuatiri,mungkin ada salah atau silap dari sudut catitan dan sebagainya.
Mana mungkin wahyu-wahyu ALLAH dicatat dengan adanya kesalahan walau sekadar satu huruf walau tanpa disengajakan. Inilah hakikat yang membuatkan seseorang tokoh hebat yang kuat jiwanya masih berasa berat memikulnya. Namun, dengan tekad berbuat kerana agama ALLAH, beliau berjaya menyelesaikan amnah ini dengan cemerlang.
Tokoh yang banyak berjasa ini ialah ZAID IBNI TSABIT. Beliau termasuk "kumpulan sahabat junior". Islamnya beliau ketika berusia 11 tahun. Beliau mempunyai kefahaman dan daya ingatan yang melibihi rakan-rakan seusianya saat itu.
Pada saat-saat penantian kedatangan Rasulullah Saw dan Abu Bakar dari kota Makkah ke Madinah,walau usianya masih belasan tahun,beliau termasuk dikalangan mereka yang kerap kali ke hujung kota menanti junjungan tercinta datang.Tidak mahu terlepas menjadi antara orang terawal membawa berita gembira ini dan menemui junjungan mulia,baginda Rasulullah SAW.
Selain mahir dalam penulisan dan bahasa,ZAID IBN TSABIT juga tidak ketinggalan hebatnya dalam peperangan.Beliau turut menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW seperti perang Khandak,Tabuk dan sebagainya.
Ketika Rasullullah s.a.w. mula menyampaikan dakwah secara besar-besaran dan mengirimkan surat kepada pembesar-pembesar seluruh dunia, Zaid ibni Tsabit diperintahkan untuk mempelajari bahasa siryani dan ibrani. Bahasa siryani merupakan bahasa yang dipertuturkan oleh pelbaga komuniti Nasrani di timur tengah, manakala bahasa ibrani ialah bahasa utama komuniti Yahudi di seluruh dunia.
Mengenai pembelajarannya dalam berbahasa, diriwayatkan oleh Zaid ibni Tsabit bahawa:
Rasullullah s.a.w. berkata kepadanya "Aku mengirim surat kepada orang, dan aku khuatir mereka akan menambah atau mengurangi surat-suratku itu maka pelajarilah bahasa siryani",kemudian beliau mempelajarinya selama 17 hari dan berbahasa ibrani dalam 15 hari.
Pada zaman Saidina Abu Bakar, berlaku peperangan ke atas orang-orang yang murtad dan negeri palsu di negeri Yamamah. Ramai penhafaz al-Quran yang syahid dalam peperangan ini. Oleh itu, Saidina Umar al-Khattab mencadangkan kepada khalifa Abu Bakar supaya al-Quran dihimpunkan sebelum semua penghafaz al-Quran syahid dalam peperangan.
Lantas Saidina Abu Bakar megambil Zaid Ibni Tsabit dan menyuruhnya untuk mengumpul al-Quran. Abu Bakar berkata "Wahai Zaid, kaumasih muda dan cerdas. Kami tidak sedikitpun berburuk sangka kepadamu".
Zaid memulakan tugas yang menentukan nasib agama Islam dengan bersungguh-sungguh. Segala usaha dan pengorbanan dicurahkan untuk menyelesaikan tugas yang agung ini. Beliau mengumpulkan ayat demi ayat daripada para penghafaz al-Quran serta dari lembaran-lembaran yang ada.
Walau kadang-kadang beliau lelah mengalami kesulitan dalam menyempurnakan tugas ini, beliau masih mengingat firman Allah sebagai sumber kekuatannya:
"Sesungguhnya Kami yang menurunkan peringatan (al-Quran), dan sesungguhnya Kamilah yang akan memeliharanya"
[al-Hijr:9]
Hasil kerjanya mendapat persetujuan daripada para sahabat yang telah mendengar bacaan al-Quran secara terus daripada Rasullullah semasa baginda hidup
Pada masa kini, kita boleh membaca al-Quran dengan lancar, mendengar alunan bacaan alunan al-Quran yang merdu serta memahami intipatinya tetapi kita mungkin tidak merasai kepayahan yang pernah dihadapi oleh para pengumpul al-Quran pada masa dahulu.
0 bicara kata:
Post a Comment