Ya Allah, aku ingin berubah…tapi…
Ada seorang teman ni pada asalnya dia berminat melihat orang-orang yang memakai tudung-tudung labuh. Namun dia belum masih punya kekuatan untuk berubah secara mendadak kerana dia berasa takut kalau dia tak mampu belajar untuk istiqamah dan dia takut kalau-kalau diperli oleh teman-teman yang lain dek kalau terlalu cepat dia melakukan perubahan pada dirinya. Setelah sekian lama memendam perasaan ingin berubah telah timbul dalam hatinya untuk…
Mulakan langkah awal…
Merasakan terlalu mendadak baginya cuba untuk memakai tudung labuh dari tudung bawal yang jarang dan singkat, dia memulakan dengan menjatuhkan tudung bawalnya ke bawah dahulu. Jika dahulu dia sering menyilang tudung , dia cuba dengan mengubah untuk menjatuhkan tudungnya ke bawah. Pada hari pertama dia memakainya rakan-rakan menegur…
“makcik nak jual ape makcik?”
“kau nak pergi pasar ke ni?”
Kata-kata semangat agar dirinya dapat berubah menjadi yang lebih baik dari rakan-rakan yang diharapkan, tetapi tomahan yang mereka berikan . Tetapi Alhamdulillah masih dikuatkan hatinya untuk ditabahkan hati menahan penangan sinis dari rakan-rakan yang tidak memahami.
Tekad baru…
Setelah beberapa lama , mula timbul perasaan baru untuk memakai tudung akel(bidang 50). Tudung ni tidak la selabuh mana namun sekurang-kurangnya tidak la sejarang tudung bawal. “Tidak sejarang tudung bawal. Iya aku nak pakai tudung bidang 50 pulak”. Dikuatkan sekali lagi hatinya untuk memakai tudung bidang 50 ke kelas.
“Tak sesuai la kau pakai ..macam mak orang “
“Ish…macam orang tua la”
Iman mula goyah
“Teruk sangat ke aku pakai tudung ni? Aku nak belajar berubah menjadi hambaNya yang lebih baik.”
“Hina sangat ke aku pakai tudung ni? Elok sangat ke kalau aku pakai tudung yang jarang?”
“Salahkah aku untuk berhijrah ke arah yang lebih baik?”
Setelah sekian lama diperli rakan-rakan , dia kembali dengan tudung yang lama. Kali ini tidak ada pula kata-kata yang menyakitkan hati. Semua orang seakan setuju dengan perbuatannya. Dia mula tertanya-tanya dalam hati… “Adakah ini yang lebih baik untukku Ya Allah?” Namun dibiarkan sahaja persoalan itu tanpa jawapan. Yang penting rakan-rakan tidak lagi mengata.
Bisikan hidayah
Walaupun mungkin telinga tenang dari penangan kata-kata sinis dari rakan-rakan, namun tak semudah itu untuk hati kekal tenang. Dicari-cari di manakah kelemahan diri. Ya, dia telah terlupa sesuatu….
Firman Allah S.W.T dalam surah An-’Alkabut ayat 2…
“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman ,” dan mereka tidak diuji? “.
Ya..dia terlupa akan ujian Allah kepadanya. Mudahnya iman goyah dek kata-kata dalam sekelip mata. Jauh dari sudut hati telah memaki rakan-rakan yang telah memerli diri, menyalahkan yang telah menyebabkan dia kembali berubah tanpa terfikir itu mungkin ujian Allah kepadanya. Mana kan mungkin datang kepada kamu seseorang dan berkata aku sebenarnya diutuskan untuk menguji kamu? Ya,itu adalah mustahil…Tanpa disedari mungkin kata-kata dari rakan-rakan itu adalah ujian dari Allah untuk Dia mengetahui sejauh manakah kekuatan hati seorang hamba untuk berpaut pada jalan yang diredhaiNya . “Ya Allah betapa hati ini telah mudah goyah dari landasan hidayahMu. Diharapkan masih ada lagi ruang untuk diri ini berubah.”
Ikhlaskan hati
Alhamdulillah masih ada lagi ruang untuk kembali kepadaNya . Apa yang penting sekarang adalah untuk ikhlaskan hati. Pada awalnya masih ada kata-kata yang tidak sedap didengar, namun Alhamdulillah setelah seketika tidak ada lagi kata2 sinis dari rakan-rakan. Yang tinggal hanyalah hati yang ikhlas untukMu Ya Allah. dan Alhamdulillah rakan-rakan yang dahulu asyik memerli kerana memakai pemakaian tudung labuh juga belajar memaikainya. Bahkan mereka lagi istiqamah. Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Hidayah itu sememangnya milikMu…
Kadang-kadang kita terlalu mudah mengambil kata-kata dan pandangan orang dalam membentuk peribadi diri. Sedangkan apa yang diutarakan mereka masih belum pasti betulnya..
“Orang akan kata aku hipokrit ke?”
“Boleh ke aku nak istiqamah ni?”
“Aku takut kalau orang kata aku ni hangat-hangat tahi ayam aje”
“Kalau orang pikir aku buat ni sebab orang lain macammana?”
Rakan-rakan sekalian, kita pasti tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Orang tetap akan mengata samaada benda yang kita buat tu betul atau salah..betul tak? Apa yang paling penting adalah apa yang kita buat itu adalah berlandaskan syariat islam demi untuk mendapatkan keredhaanNya. Itu yang penting dan lebih utama dan bukannya kata-kata dari rakan-rakan. Ikhlaskan niatmu dan kamu pasti akan mendapat pertolongan dariNya. Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Mintalah agar hatimu sentiasa ditetapkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga apa yang kita semua lakukan, sentiasa mendapat keredhaanNya…amin….
Dunia Islam hari ini menyaksikan erti persaudaraan dan perpaduan umat semakin jauh, apatah
PANJANG YANG BERMANFAAT..ALHAMDULILLAH...lagi ke arah penyatuan. Lebih menyedihkan, sudah ada segelintir yang mula lupa erti persaudaraan yang pada asalnya cukup utuh di kalangan mereka.
Barangkali tidak salah dikatakan umat Islam hari ini berada dalam lingkungan mereka sendiri tanpa mempedulikan apa yang berlaku terhadap saudara seagama yang lain. Berbanding tuntutan agama, sikap keakuan menjadi lebih utama. Itu kalau dunia Islam dilihat secara luas. Jika dikecilkan lagi skalanya, tentu kita dapat lihat keadaan hubungan yang semakin longgar antara kita dalam komuniti kita sendiri. Cubalah bertanya kepada diri sendiri – siapa jiran di sebelah rumah? Pernahkah kita mengambil tahu perihal mereka? Situasi ini sebenarnya sudah cukup untuk membayangkan betapa perpecahan umat Islam sudah tecetus sejak sekian lama. Bermula dari isu kecil, kemudian ia merebak besar dan luas sehingga mengakibatkan pelbagai kesan termasuk bermusuhan.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al- An’aam: 153).
Daripada ayat tersebut, kita harus membuka minda sekali gus merenung kembali akan situasi umat Islam hari ini. Lihat pada diri, kemudian pandanglah pula pada masyarakat kita. Perhatikan bagaimana rentak hubungan kita di Malaysia dengan penduduk Islam yang lain. Adakah ia seiring dengan fi rman tersebut?
Sejarah Perpecahan Umat
Keretakan umat Islam bermula sejak kewafatan Rasulullah SAW dengan tercetusnya isu kepimpinan di kalangan sahabat dan masyarakat Islam ketika itu. Namun, kemelut tersebut berakhir sebaik sahaja Saidina Abu Bakar as-Siddiq diangkat sebagai khalifah pertama dalam Khulafa al-Rasyidin. Kemudian kepimpinan beralih ke tangan Saidina Umar al-Khattab dan diikuti oleh Saidina Uthman bin Affan.
Namun, perpecahan berlaku lagi dengan pembunuhan Saidina Uthman. Perang Siffi n yang juga merupakan perang saudara memburukkan lagi keadaan. Ia melibatkan konfl ik antara Saidina Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufi an. Selepas itu terjadi pula Perang Jamal yang membabitkan Aisyah binti Abu Bakar, Thalhah dan Zubair yang menentang Saidina Ali. Konflik yang berlaku tidak hanya mengeruhkan situasi politik ketika itu. Lebih menyedihkan apabila isu akidah turut mendapat tempat. Rentetan dari itu,lahirlah dua kelompok. Salah satunya penyokong Muawiyah. Manakala kelompok lagi satu adalah golongan fanatik terhadap Saidina Ali. Mereka kemudiannya digelar Syiah. Akibat tidak puas hati dengan pelantikan ketua negara Islam antara Saidina Ali dan Muawiyah (Tahkim), muncul pula kelompok Khawarij yang keluar daripada kumpulan.
Selepas beberapa peringkat, anasir bukan Islam mula meresap ke dalam umat Islam. Golongan Syiah mula terbahagi dua iaitu yang berfahaman sederhana seperti golongan Imamiah dan golongan Syiah yang radikal. Di kalangan Khawarij pula, ada kelompok yang berfahaman sederhana seperti golongan Ibadhiah dan yang radikal seperti Azraqiah dan Ajaridah. Golongan Muktazilah, Jabariah dan Ahli Sunnah wal Jamaah muncul pada zaman Abbasiyah Ahli Sunnah wal Jamaah pula lahir alam dua aliran iaitu Salaf dan Khalaf. Sementara dalam Khalaf, lahir fahaman Asya’irah dan Maturidiah.
0 bicara kata:
Post a Comment