Showing posts with label islamic thinking. Show all posts
Showing posts with label islamic thinking. Show all posts

Friday, June 3, 2011

fahaman islam mengapa kita berbeza?

Dunia  Islam  hari  ini  menyaksikan  erti persaudaraan  dan  perpaduan  umat semakin  jauh,  apatah  lagi  ke  arah penyatuan. Lebih menyedihkan, sudah ada   segelintir   yang   mula   lupa   erti persaudaraan yang pada asalnya cukup utuh di kalangan mereka.
Barangkali tidak salah dikatakan umat Islam hari ini berada dalam lingkungan   mereka sendiri  tanpa  mempedulikan  apa  yang  berlaku  terhadap saudara seagama yang lain. Berbanding tuntutan agama, sikap keakuan menjadi lebih utama. Itu kalau dunia Islam dilihat secara  luas.  Jika  dikecilkan  lagi skalanya,    tentu  kita  dapat  lihat keadaan hubungan yang semakin longgar antara kita dalam komuniti kita  sendiri.  Cubalah  bertanya kepada diri sendiri – siapa jiran di sebelah  rumah?  Pernahkah  kita mengambil tahu perihal mereka? Situasi  ini  sebenarnya  sudah cukup    untuk    membayangkan betapa  perpecahan  umat  Islam sudah tecetus sejak sekian lama.  Bermula dari isu kecil, kemudian ia merebak besar dan luas sehingga mengakibatkan  pelbagai  kesan termasuk bermusuhan.
Firman  Allah  SWT  yang  bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya  inilah  jalanKu  (agama  Islam) yang  betul  lurus,  maka  hendaklah kamu  menurutnya;  dan  janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al- An’aam: 153).
Daripada  ayat  tersebut,  kita harus membuka minda sekali gus merenung  kembali  akan  situasi umat  Islam  hari  ini.  Lihat  pada diri, kemudian pandanglah pula pada masyarakat kita. Perhatikan bagaimana rentak hubungan kita di  Malaysia  dengan  penduduk Islam yang lain. Adakah ia seiring dengan fi rman tersebut?


Sejarah Perpecahan Umat
Keretakan umat Islam bermula sejak  kewafatan Rasulullah  SAW dengan tercetusnya isu kepimpinan di kalangan sahabat dan masyarakat Islam ketika itu. Namun, kemelut tersebut   berakhir   sebaik   sahaja Saidina Abu Bakar as-Siddiq diangkat sebagai  khalifah  pertama  dalam Khulafa   al-Rasyidin.   Kemudian kepimpinan   beralih   ke   tangan Saidina Umar al-Khattab dan diikuti oleh Saidina Uthman bin Affan.

Namun,  perpecahan  berlaku lagi dengan pembunuhan Saidina Uthman.    Perang    Siffi n    yang juga  merupakan  perang  saudara memburukkan  lagi  keadaan. Ia melibatkan konfl ik antara Saidina Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufi an. Selepas itu terjadi pula Perang  Jamal  yang  membabitkan Aisyah  binti  Abu  Bakar,  Thalhah dan Zubair yang menentang Saidina Ali. Konflik yang berlaku tidak hanya mengeruhkan situasi politik ketika   itu.   Lebih   menyedihkan apabila isu akidah turut mendapat tempat. Rentetan dari itu,lahirlah dua   kelompok.   Salah   satunya penyokong  Muawiyah.  Manakala kelompok lagi satu adalah golongan fanatik terhadap Saidina Ali. Mereka kemudiannya digelar Syiah.  Akibat tidak puas hati dengan pelantikan ketua negara Islam antara Saidina Ali dan Muawiyah (Tahkim), muncul  pula  kelompok  Khawarij yang keluar daripada kumpulan.

Selepas   beberapa   peringkat, anasir bukan Islam mula meresap ke dalam umat  Islam.  Golongan Syiah  mula  terbahagi  dua  iaitu yang berfahaman sederhana seperti golongan Imamiah dan golongan Syiah yang radikal. Di   kalangan   Khawarij   pula, ada  kelompok  yang  berfahaman sederhana seperti golongan Ibadhiah dan yang radikal seperti Azraqiah dan Ajaridah. Golongan Muktazilah, Jabariah dan Ahli Sunnah wal Jamaah muncul pada zaman Abbasiyah Ahli Sunnah  wal  Jamaah  pula  lahir  alam  dua  aliran  iaitu  Salaf dan   Khalaf.   Sementara   dalam Khalaf, lahir fahaman Asya’irah dan Maturidiah.

ancaman ummah akhir zaman^^

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difi tnah. Kini, menyebar fi tnah seolaholah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fi tnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fi tnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah ‘duduk di tengah-tengah’ bagi mereka yang melakukan kejahatan.

Fitnah dalam bahasa Arab bermaksud ujian dan cubaan. Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa makna asal fi tnah ialah al-ikhtibar, al-imtihan iaitu ujian. Ibnu Manzur pula menyatakan fi tnah itu adalah al-ibtila’(cubaan), al-imtihan dan al-ikhtibar (ujian). Manakala Jurjani memberikan defi nisinya iaitu “Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu.”
Manakala makna fi tnah menurut al-Quran pula membawa erti syirik dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: “Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” Selain itu fi tnah juga membawa makna ujian dan cubaan (surah Toha: 40 dan al-Ankabut:3), seksa (surah al-Ankabut:10, surah az-Zariat:14 dan surah an-Nahl:110), dosa (at-Taubah:49), kekufuran (at-Taubah:48 dan ali-Imran:7), kebinasaan (an-Nisa:101 dan Yunus:83), berpaling dari jalan yang benar (al-Maaidah:49 dan al-Isra’:73), sesat (al-Maaidah:41 dan as-Soffat:162), alasan (al-An’am:23, sebahagian tafsir memberi maksud jawapan), dan gila (al-Qalam:6).
Fitnah menurut as-Sunnah memberi maksud perselisihan dan peperangan, sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Selain itu fi tnah member maksud ujian dan cubaan, melalaikan dan melekakan, penyeksaan dan pembunuhan, berlaku kemungkaran dan kemaksiatan, memaksa untuk kembali kufur, dan menjauhkan dari agama.
Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa  ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difi tnah. Kini, menyebar fi tnah seolah-olah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.
Orang yang difi tnah akan pergi ke mahkamah dan mengemukakan saman serta menarik balik tuduhan yang dilontarkan. Bagi mereka yang melontarkan fi tnah itu akan cuba melawan habis-habisan bagi mempertahankan tuduhannya atau akan menarik semula tuduhan tersebut setelah mengambil masa yang terlalu lama. Betapa ringannya dosa fitnah bagi mereka kerana semuanya disandarkan kepada mahkamah.