Sunday, December 4, 2011

Islam Itu Mudah [1]


ISLAM ITU MUDAH



islam-itu-mudah“Islam itu mudah tapi awak semua jangan memudahkannya.”
“Maksud akhi,Islam tu mudah yang macamane?”tanya Yus(bukan nama sebenar) kepada naqibnya dengan penuh ingin tahu.
Sambil tersenyum Akh Amer(bukan nama sebenar) membalas, ‘maksudnya Islam itu dah sedia mudah,Islam tidak menyuruh penganutnya sentiasa solat berdiri,namun jika tidak mampu berdiri,solatlah dengan duduk,jika dengan duduk juga tidak mampu,solatlah dalam keadaan baring,jika tidak mampu juga,gunalah mata,jika tidak mampu juga,gunalah hati dan sememangnya tiada siapa yang xley solat dengan hati.Maksud ambil mudah pula, dah sakit,takyah solatla..haaaa tu la ambil mudah.”
Semua ahli Quranic Group(Usrah) kumpulan Akh Amer menganggukkan kepala kecuali Faiz,banyak lagi soalan yang bermain di dalam kepalanya.Matanya tajam merenung ke arah karpet baldu.
“bang,apa pula maksud Islam itu mudah dan jangan menyusahkannya,saya dengar daripada So’ud,”Faiz membuka mulut.
Akh Amer yang dari tadi perasan ketidaksenangan Faiz tersenyum dan di dalam hatinya terungkap segala pujian kepada Allah kerana mad’unya yang seorang ini berani bertanya.Akh berdiam menyusun bicara supaya jawapannya mudah dan ringkas seperti yang disukai Rasulullah.Rasulullah menyuruh kita berdoa dengan doa yang pendek tetapi padat seperti satu kisah,dari ‘Aishah, “aku pernah bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah,jika aku berada pada Lailatul Qadar,apa perlu aku buat?” Rasulullah bersabda, “Bacalah:اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَفَاعْفُ عَنِّي (Maksudnya : “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau sukakan pengampunan, maka ampunilah aku”). (H.R. Tirmidzi)
“Maksud Islam itu mudah dan jangan susahkannya,kita ambil solat sebagai contoh.Nabi kata, “Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat.” So, macamana nabi Solat?Kita tahu?”Akh bertanya dengan tujuan ingin memastikan mad’u-mad’unya mendengar leterannya.
“Tak..tapi kita ikut hadis dan Imam Syafi’e kan bang?”Farhan mencelah.
                                                                                                                                                             [to be continued.....]

Saturday, December 3, 2011

diet rasulullah s.a.w

    


Rasulullah S.A.W pernah berkata sampaikanlah walaupun satu ayat. Dengan seikhlas hati kami layarkan bait2 ilmu ini buat tatapan mata muslimat dan muslimin sekalian.. Lihat..Baca.. Amalkan.. Insyaallah berkesan..


Setelah sekian lama kita bernafas di muka bumi ini, tanpa kita sedari ataupun ada yang telah mengetahui bahawa rezeki yang dilimpahkan oleh ALLAH yang berupa ''makanan'' bukannya boleh dilahap sesuka hati. Sebelum kita ingin menjamu perut yang kelaparan, lihat dan pilih dahulu makanan yang berkahsiat untuk dimakan. Ketika ini juga syaitan akan bersatu tenaga dengan nafsu untuk membuatkan kita alpa ketika menjamu selera. Ingat makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang kerana kita makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan.


Sesetengah daripada kita suka berdiet. Adakah diet itu diamalkan dengan betul?? Mari sama-sama kita teroka ke alam diet nabi kita, Rasulullah S.A.W..




  • Jangan makan SUSU + DAGING                         
  • Jangan makan DAGING + IKAN                       
  • Jangan makan IKAN + SUSU
  • Jangan makan AYAM + SUSU
  • Jangan makan IKAN + TELUR
  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU + CUKA
  • Jangan makna BUAH + SUSU 
  • Jangan makan buah selepas makan nasi sebaliknya makan buah sebelum makan nasi
  • Tidur 1 jam selepas makan tengahari
  • Jangan sesekali tinggal makan malam kerana akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

Nampak sememangnya pelik, tetapi kesannya apabila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kta menjamah makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu dikuatiri akan cepat mendapat panyakit.





             

Wednesday, June 8, 2011

ukhwah itu indah:)




Hadis pertama:
"Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (kerana Allah). Apakah kamu mau aku tunjukkan pada satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu. " (Riwayat Muslim)


Cuba kita reflect balik diri kita, dalam sehari, berapa kali kita beri salam pada saudara seislam kita yang kita jumpa? boleh dibilang dengan jari.. semasa sekolah, sudah menjadi kebiasaan seorang anak murid memberi salam kepada gurunya, di universiti pula, pelajar memberi salam kepada pensyarahnya.. tetapi, adakah salam itu hanya pada orang2 tertentu sahaja? dikriminasilah macam tu.. sehinggakan apabila terjumpa orang yang memberi salam, terasa janggal pula.. malahan kadang kala salam itu dipermainkan pula, "hai ustazah, assalamualaikum.. tak jawab salam, berdosa.." lepas tu ketawa terkikih2 pula si jejaka miang tu..

Hadis kedua:
"Kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia"
Hati kita adalah satu.. kita semua umpama sebuah kereta, kalau satu tayar takde, maka tak jadilah kereta, dan tak dapat nak menjalankan  fungsinya.. ukhuwwah fillah itu memang indah..

Friday, June 3, 2011

fahaman islam mengapa kita berbeza?

Dunia  Islam  hari  ini  menyaksikan  erti persaudaraan  dan  perpaduan  umat semakin  jauh,  apatah  lagi  ke  arah penyatuan. Lebih menyedihkan, sudah ada   segelintir   yang   mula   lupa   erti persaudaraan yang pada asalnya cukup utuh di kalangan mereka.
Barangkali tidak salah dikatakan umat Islam hari ini berada dalam lingkungan   mereka sendiri  tanpa  mempedulikan  apa  yang  berlaku  terhadap saudara seagama yang lain. Berbanding tuntutan agama, sikap keakuan menjadi lebih utama. Itu kalau dunia Islam dilihat secara  luas.  Jika  dikecilkan  lagi skalanya,    tentu  kita  dapat  lihat keadaan hubungan yang semakin longgar antara kita dalam komuniti kita  sendiri.  Cubalah  bertanya kepada diri sendiri – siapa jiran di sebelah  rumah?  Pernahkah  kita mengambil tahu perihal mereka? Situasi  ini  sebenarnya  sudah cukup    untuk    membayangkan betapa  perpecahan  umat  Islam sudah tecetus sejak sekian lama.  Bermula dari isu kecil, kemudian ia merebak besar dan luas sehingga mengakibatkan  pelbagai  kesan termasuk bermusuhan.
Firman  Allah  SWT  yang  bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya  inilah  jalanKu  (agama  Islam) yang  betul  lurus,  maka  hendaklah kamu  menurutnya;  dan  janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al- An’aam: 153).
Daripada  ayat  tersebut,  kita harus membuka minda sekali gus merenung  kembali  akan  situasi umat  Islam  hari  ini.  Lihat  pada diri, kemudian pandanglah pula pada masyarakat kita. Perhatikan bagaimana rentak hubungan kita di  Malaysia  dengan  penduduk Islam yang lain. Adakah ia seiring dengan fi rman tersebut?


Sejarah Perpecahan Umat
Keretakan umat Islam bermula sejak  kewafatan Rasulullah  SAW dengan tercetusnya isu kepimpinan di kalangan sahabat dan masyarakat Islam ketika itu. Namun, kemelut tersebut   berakhir   sebaik   sahaja Saidina Abu Bakar as-Siddiq diangkat sebagai  khalifah  pertama  dalam Khulafa   al-Rasyidin.   Kemudian kepimpinan   beralih   ke   tangan Saidina Umar al-Khattab dan diikuti oleh Saidina Uthman bin Affan.

Namun,  perpecahan  berlaku lagi dengan pembunuhan Saidina Uthman.    Perang    Siffi n    yang juga  merupakan  perang  saudara memburukkan  lagi  keadaan. Ia melibatkan konfl ik antara Saidina Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufi an. Selepas itu terjadi pula Perang  Jamal  yang  membabitkan Aisyah  binti  Abu  Bakar,  Thalhah dan Zubair yang menentang Saidina Ali. Konflik yang berlaku tidak hanya mengeruhkan situasi politik ketika   itu.   Lebih   menyedihkan apabila isu akidah turut mendapat tempat. Rentetan dari itu,lahirlah dua   kelompok.   Salah   satunya penyokong  Muawiyah.  Manakala kelompok lagi satu adalah golongan fanatik terhadap Saidina Ali. Mereka kemudiannya digelar Syiah.  Akibat tidak puas hati dengan pelantikan ketua negara Islam antara Saidina Ali dan Muawiyah (Tahkim), muncul  pula  kelompok  Khawarij yang keluar daripada kumpulan.

Selepas   beberapa   peringkat, anasir bukan Islam mula meresap ke dalam umat  Islam.  Golongan Syiah  mula  terbahagi  dua  iaitu yang berfahaman sederhana seperti golongan Imamiah dan golongan Syiah yang radikal. Di   kalangan   Khawarij   pula, ada  kelompok  yang  berfahaman sederhana seperti golongan Ibadhiah dan yang radikal seperti Azraqiah dan Ajaridah. Golongan Muktazilah, Jabariah dan Ahli Sunnah wal Jamaah muncul pada zaman Abbasiyah Ahli Sunnah  wal  Jamaah  pula  lahir  alam  dua  aliran  iaitu  Salaf dan   Khalaf.   Sementara   dalam Khalaf, lahir fahaman Asya’irah dan Maturidiah.

ancaman ummah akhir zaman^^

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difi tnah. Kini, menyebar fi tnah seolaholah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fi tnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fi tnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah ‘duduk di tengah-tengah’ bagi mereka yang melakukan kejahatan.

Fitnah dalam bahasa Arab bermaksud ujian dan cubaan. Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa makna asal fi tnah ialah al-ikhtibar, al-imtihan iaitu ujian. Ibnu Manzur pula menyatakan fi tnah itu adalah al-ibtila’(cubaan), al-imtihan dan al-ikhtibar (ujian). Manakala Jurjani memberikan defi nisinya iaitu “Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu.”
Manakala makna fi tnah menurut al-Quran pula membawa erti syirik dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: “Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” Selain itu fi tnah juga membawa makna ujian dan cubaan (surah Toha: 40 dan al-Ankabut:3), seksa (surah al-Ankabut:10, surah az-Zariat:14 dan surah an-Nahl:110), dosa (at-Taubah:49), kekufuran (at-Taubah:48 dan ali-Imran:7), kebinasaan (an-Nisa:101 dan Yunus:83), berpaling dari jalan yang benar (al-Maaidah:49 dan al-Isra’:73), sesat (al-Maaidah:41 dan as-Soffat:162), alasan (al-An’am:23, sebahagian tafsir memberi maksud jawapan), dan gila (al-Qalam:6).
Fitnah menurut as-Sunnah memberi maksud perselisihan dan peperangan, sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Selain itu fi tnah member maksud ujian dan cubaan, melalaikan dan melekakan, penyeksaan dan pembunuhan, berlaku kemungkaran dan kemaksiatan, memaksa untuk kembali kufur, dan menjauhkan dari agama.
Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa  ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difi tnah. Kini, menyebar fi tnah seolah-olah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.
Orang yang difi tnah akan pergi ke mahkamah dan mengemukakan saman serta menarik balik tuduhan yang dilontarkan. Bagi mereka yang melontarkan fi tnah itu akan cuba melawan habis-habisan bagi mempertahankan tuduhannya atau akan menarik semula tuduhan tersebut setelah mengambil masa yang terlalu lama. Betapa ringannya dosa fitnah bagi mereka kerana semuanya disandarkan kepada mahkamah.

Apa Sebenarnya Cinta?

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah.
Memiliki perasaan ingin mencintai dan dicintai adalah sesuatu yang lumrah sifatnya. Tidak terkecuali bagi remaja yang cukup terkenal dengan sikap gemar mencuba. Termasuklah melibatkan soal cinta. Merasai dan menjadi sebahagian daripada pemain watak dalam kisah bertemakan mainan perasaan dan jiwa, tentu menimbulkan kemahuan yang tinggi dalam diri mereka.
Apatah lagi kerap dimomok dengan keindahan jalan cerita drama, fi lem, novel ataupun kisah kawan-kawan yang cukup berbunga-bunga, hati mula melonjak teruja. Alangkah indahnya bercinta! Mengetahui apa itu cinta. Mudahnya melafazkan kata cinta namun tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah. Bagi yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

Namun harus diingat soal bercinta bukan semata-mata kerana sayang. Tapi bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang terjalin akan terus dibawa hingga ke gerbang pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui sebaiknya. Itu paling penting, agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan seterusnya sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Bersandarkan Allah

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang daripada Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian  manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, mainan perasaan dan getaran yang memilukan hati. Ini kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Wednesday, April 20, 2011

RENUNGAN BERSAMA KAUM MUSLIMAT

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati



kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

TELADAN CINTA KITA

Dia pahlawan yang dimuliakan wajahnya
Dia puteri dari zuriat yang mulia
Ali pewaris keberanian dan kebenaran
Fatimah titipan kesabaran dan kesucian
Persandingan itu...
di pelamin kemiskinan
Fatimah...
Puteri terpuji, isteri teruji,
Suami di medan jihad,
Kau bermandi keringat,
Jauh-jauh mencari air...di padang pasir
Disengat sinar mentari,
Sedikit pun tidak kau kesali,
Untuk suami, kerana Ilahi.
Ali...
Pahlawan unggul, ilmuan tersohor,
Syair setajam senjata,
Gagah sekukuh kota,
Kau kunci gedung nubuwwah,
Kau fakir yang pemurah,
Kau wira di sebalik selimut hijrah,
Berkorban nyawa untuk Rasulullah.
Ali dan Fatimah..


.
Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi,
Lalu diluahkan ketandusan upaya,
Betapa tenaga seakan tak mampu lagi,
Untuk menanggung beban keluarga,
Sudilah kiranya dihadiahkan seorang sahaya.
Tersenyum Rasulullah mendengar rintihan,
Lalu diberikan zikir sebagai gantian,
Tiga kalimat sarat keberkatan,
Subhannallah, Alhamdulillah, Alllah hu Akbar,
Lalu esoknya mereka datang lagi...
Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati,
Cukuplah kami tak perlu apa-apa lagi!
Mereka miskin harta tapi kaya jiwa,
Sering berpisah tapi tak gundah,
Mereka bercinta kerana Allah.
Indahnya mempelai di pelamin kemiskinan,
Bila bersanding dua kemuliaan..
Seorang lelaki bergelar karamallahuwajhah,
seorang wanita yang az zahrah!

CINTA

CINTA??
ADA APA DENGANNYA?
CUMA SATU KATA INDAH 
YANG TERSEMAI DALAM
GELORA HATI

CINTA??
ORANG KATA IA BUTA
MUNGKIN KATA-KATA INI BENAR
CINTA PADA ILAHI MEMANG BENAR-BENAR BUTA
 CINTANYA TIDAK MEMILIH
 YANG MUDA ATAU TUA
 YANG KAYA ATAU MISKIN
 TAPI,
 DETIK INI
 ORANG TIDAK LAGI MENCARI CINTA INI
 SEBALIKNYA CINTA INSANI YANG DICARI
 KATANYA
 MEREKA PERLUKAN KASIH SAYANG
KATANYA
MEREKA PERLUKAN BELAIAN
APA INI SEMUA??

INGAT
SEORANG PUJANGGA PERNAH BERBICARA
CINTA DINAMAKAN CINTA
KERANA CINTA  HANYA MENGINGATI
APA YANG DICINTAINYA
JIKA CINTA PADA INSANI
RUGILAH WAHAI SAHABATKU
TAPI
CINTA ILAHI YANG KAU CARI
PASTI SESEORANG AKAN MENANTI
BERSAMA REDHA TUHAN DUNIA INI

SEDARLAH WAHAI TEMAN
TIADA CINTA YANG AGUNG
SELAIN CINTA ALLAH
CARILAH
 CARILAH
CARILAH TEMAN-TEMANKU
CINTA SANG PENCIPTA DUNIA
TIDAK BERBUMBUNG INI


carribeanwar94

ZAID BIN TSABIT,PENGHIMPUN KITAB SUCI AL-QURAN

Pernah tidak kita terfikir,bertapa beruntungnya kita hari ini?Al-Quran yang dibaca, sudah sedia terhimpun dan dengan mudah kita baca helaian demi helaian.Begitu mudah...Alhamdulillah.Bayangkan apa yang akan berlaku pada kita hari ini jika Al-Quran,kalam suci ALLAH tidak dikumpulkan,disusun dan disatukan ketika dahulu?Pasti lebih dasyatlah onar kehidupan jahiliyah abad ke-20 ini

"Demi ALLAH,seandainya mereka memintaku memindahkan gunung dari tempatnya,pasti kurasa lebih mudah perintahnya dari tugasan menghimpunkan Al-Quran"

Inilah tugas berat yang mahu atau tidak,seorang pemuda cerdasdan tinggi semangatnya ini,selesaikan.Bukan alasan,tapi sememangnya tugasan ini amat berat kerana dikhuatiri,mungkin ada salah atau silap dari sudut catitan dan sebagainya.

Mana mungkin wahyu-wahyu ALLAH dicatat dengan adanya kesalahan walau sekadar satu huruf walau tanpa disengajakan. Inilah hakikat yang membuatkan seseorang tokoh hebat yang kuat jiwanya masih berasa berat memikulnya. Namun, dengan tekad berbuat kerana agama ALLAH, beliau berjaya menyelesaikan amnah ini dengan cemerlang.

Tokoh yang banyak berjasa ini ialah ZAID IBNI TSABIT. Beliau termasuk "kumpulan sahabat junior". Islamnya beliau ketika berusia 11 tahun. Beliau mempunyai kefahaman dan daya ingatan yang melibihi rakan-rakan seusianya saat itu.



Pada saat-saat penantian kedatangan Rasulullah Saw dan Abu Bakar dari kota Makkah ke Madinah,walau usianya masih belasan tahun,beliau termasuk dikalangan mereka yang kerap kali ke hujung kota menanti junjungan tercinta datang.Tidak mahu terlepas menjadi antara orang terawal membawa berita gembira ini dan menemui junjungan mulia,baginda Rasulullah SAW.




Selain mahir dalam penulisan dan bahasa,ZAID IBN TSABIT juga tidak ketinggalan hebatnya dalam peperangan.Beliau turut menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW seperti perang Khandak,Tabuk dan sebagainya.

Ketika Rasullullah s.a.w. mula menyampaikan dakwah secara besar-besaran dan mengirimkan surat kepada pembesar-pembesar seluruh dunia, Zaid ibni Tsabit diperintahkan untuk mempelajari bahasa siryani dan ibrani. Bahasa siryani merupakan bahasa yang dipertuturkan oleh pelbaga komuniti Nasrani di timur tengah, manakala bahasa ibrani ialah bahasa utama komuniti Yahudi di seluruh dunia.

Mengenai pembelajarannya dalam berbahasa, diriwayatkan oleh Zaid ibni Tsabit bahawa:
Rasullullah s.a.w. berkata kepadanya "Aku mengirim surat kepada orang, dan aku khuatir mereka akan menambah atau mengurangi surat-suratku itu maka pelajarilah bahasa siryani",kemudian beliau mempelajarinya selama 17 hari dan berbahasa ibrani dalam 15 hari.

Pada zaman Saidina Abu Bakar, berlaku peperangan ke atas orang-orang yang murtad dan negeri palsu di negeri Yamamah. Ramai penhafaz al-Quran yang syahid dalam peperangan ini. Oleh itu, Saidina Umar al-Khattab mencadangkan kepada khalifa Abu Bakar supaya al-Quran dihimpunkan sebelum semua penghafaz al-Quran syahid dalam peperangan.

Lantas Saidina Abu Bakar megambil Zaid Ibni Tsabit dan menyuruhnya untuk mengumpul al-Quran. Abu Bakar berkata "Wahai Zaid, kaumasih muda dan cerdas. Kami tidak sedikitpun berburuk sangka kepadamu".

Zaid memulakan tugas yang menentukan nasib agama Islam dengan bersungguh-sungguh. Segala usaha dan pengorbanan dicurahkan untuk menyelesaikan tugas yang agung ini. Beliau mengumpulkan ayat demi ayat daripada para penghafaz al-Quran serta dari lembaran-lembaran yang ada.

Walau kadang-kadang beliau lelah mengalami kesulitan dalam menyempurnakan tugas ini, beliau masih mengingat firman Allah sebagai sumber kekuatannya:
"Sesungguhnya Kami yang menurunkan peringatan (al-Quran), dan sesungguhnya Kamilah yang akan memeliharanya"
[al-Hijr:9]

Hasil kerjanya mendapat persetujuan daripada para sahabat yang telah mendengar bacaan al-Quran secara terus daripada Rasullullah semasa baginda hidup

Pada masa kini, kita boleh membaca al-Quran dengan lancar, mendengar alunan bacaan alunan al-Quran yang merdu serta memahami intipatinya tetapi kita mungkin tidak merasai kepayahan yang pernah dihadapi oleh para pengumpul al-Quran pada masa dahulu.

Friday, February 4, 2011

Dimana Subuh Kita?

Pagi yang ditiup angin saat menunaikan solat Subuh, 
Sejuk sungguh angin pagi,
Enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur,
Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu,
Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas,
Pagi-pagi bersemangat,suara yang lantang dan jelas...
Membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.
Namun terdetik dihatiku...
Ke manakah pemuda-pemuda Islam?
Ke mana mereka pergi?
Di manakah mereka bersolat?
Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari...
Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.
Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?
Hati sayu mula merasai, adakah menunggu saat uban dikepala? Kenapa tidak gunakan usia mudamu?!
Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan naknatullah.
Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari.

Antara kelebihan solat subuh berjemaah

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." 
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

 Artikel iluvislam.com

Jadi, kita sebagai pelajar, latihlah diri kita supaya menahan nafsu tidur di pagi hari untuk mengerjakan solat Subuh secara berjemaah kerana sesungguhnya Allah memberikan ganjaran dan keredhaan-Nya kepada kita. Solat Subuh secara berjemaah bukanlah suatu yang mustahil kita lakukan malahan ia merupakan sesuatu yang mudah untuk kita lakukan. Tidak perlulah kita susahkan ustaz-ustazah, warden-warden dan rakan-rakan Basyar untuk mengejutkan kita. Hanya niatkan diri untuk bangun awal pada esok hari supaya dapat mengerjakan solat Subuh secara berjemaah, saya pasti anda akan terjaga daripada tidur.