Thursday, December 9, 2010

Mujahadah diri



Islam itu bukan sekadar amalan ritual semata-mata.. Islam itu adalah ad-deen, cara hidup. Apabila kita meletakkan islam itu sebagai cara hidup, terasa wah.. luasnya islam ni.. bukan setakat solat, puasa, zakat, haji je.. ia merangkumi segala-galanya dalam kehidupan kita. Dari segi pergaulan kita, hobi kita, cita-cita kita, pemikiran kita, dan lain-lain sehinggalah kepada perasaan kita, semuanya kenalah lihat dari kaca mata (spek mata) islam.. wah, begitu halusnya islam ni.. itu yang aku rasa apabila mengetahui yang kita kena alirkan islam dalam segala-galanya dalam kehidupan kita. Apabila kita dah memisahkan islam hanya untuk waktu-waktu tertentu, tempat-tempat tertentu, sebenarnya kita telah pun sekular dalam hidup kita. Maka, marilah kita buang segala macam jahiliyyah dalam diri, dari segi perbuatan jahiliyyah kita, pemikiran jahiliyyah kita, cita-cita jahiliyah kita, hobi jahiliyyah kita, perangai jahiliyyah kita, yang tidak berlandaskan islam.. sebab nur hanya menempati hati-hati yang bersih. Jangan cepat berputus asa jika sukar untuk membuangnya. Teruskan berusaha.. Teruskan bermujahadah.. Ingatlah bahawa insya Allah, Allah akan menganjarkan pahala setiap pengorbanan yang kita telah lakukan untuk mendapat keredhaanNya, kasih sayangNya.. Kasih sayang yang mana lagi yang lebih agung dari kasih sayang Illahi.. Seperti mana dalam firmanNya yang dalam surah An-Nisa: 145-146 yang bermaksud

4:145 Sungguh, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka

4:146 kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang-orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang-orang yang beriman.

0 bicara kata:

Post a Comment