Wednesday, December 15, 2010

It's never too late


Rabbi Yassir wala tu-‘assir. Rabbi tham-mim bil khayr. Rabbi zidni ‘ilman war-zuqni fahman.”

“O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.”


Yes, the reason why this topic is posted is because it's never too late to improve ourselves in anything and in this case, our studies (since the end-year examination already ended). We probably felt disappointed with our results and tend to give up but we must always remember that Allah will always help us if we work hard to achieve want we want. But don't we ever forget to pray and make doa' so that our wishes come true in the end. Allah promised us that He will always help us and grant all of our wishes if we work hard and pray to Him. The above doa' is one of the best doa' we can recite before we start studying. Memorize it by heart and recite it when you start studying or doing anything. Insyaallah, Allah will make everything run smoothly and increase your knowledge together with understanding.

Don't be too overwhelm with the word "final". It's still just like the other exam that you already went through. Be calm, stay cool, face it and let's the triumph be with you.

Sunday, December 12, 2010

IKHLAS DALAM BERIBADAH

IKHLAS: memurnikan tujuan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT,iaitu refleksi setiap tujuan hanya semata  kerana ALLAH.

                 Ikhlas dalam maksud ialah syarat diterima sessuatu ibadat.

      ALLAH berfirman : Padahal mereka tidak diperintah kaan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. lagi tetap teguh di atas tauhid ; dan supayamereka dirikan ssolat dan tunaikan zakat,Dan yang demikian itulah agama yang benar.

Thursday, December 9, 2010

Kitaran Hidup

Ha... Kenal tak dengan gambar di sebelah ni? Kadang-kadang kitaran hidup kita sama seperti kitaran hidup robot di sebelah... Tak faham? Takpe... di sini ada satu cerita nak diceritakan untuk memahamkan kenyataan tadi:


Pada suatu ketika di zaman robot sudah banyak di dunia, terdapat seorang engineer robot yang ingin mencipta satu robot yang paling power sekali di dunia. Dia membayangkan akan membuat satu robot yang boleh menandingi kehebatan robot Asimo yang bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik.

Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, dengan sekecil-keci sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. Setelah selesai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu dprogramkan. Inilah antara program yang dibuat ke dalam cpu robot itu.


Nama: MAN-u-SIA LayCar
Kerja: 1. Cucuk plag 3 in 13 Amp di suis-suis untuk Makan Letrik
2. If 1 is accomplished: Pusing-pusing bazirkan letrik untuk cari suis untuk cucuk plag
3. Ulang 1 dan 2 sampai mati


Maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yang diprogramkan dalam otaknya itu. Cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk untuk charge bateri dan jalan untuk cari tempat lain untuk charge balik. Begitulah kehidupan robot itu untuk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, dan 43 saat. Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-SIA LayCar pun rosak akibat penggunaan yang berterusan tanpa menservisnya selalu.
Maka tamatlah riwayat MAN-u-SIA LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik.


So, apa pengajaran daripada cerita ini?


"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah Al-Mukminun:115)


Jadi, adakah kita mahu menjadi seperti robot di atas, yang hidupnya hanya bermatlamatkan "mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pergi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga untuk pergi kerja."


Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah anda dari kitaran bodoh ini, agar tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Allah kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah untuk mengenyangkan perut, dan dengan perut yang kenyang untuk mencari kerja , kerja sampai perut lapar dan dapat duit kerja tadi kenyangkan balik perut. Bukan ini tujuan Allah menciptakan kita di dunia yang sementara ini..

Maka, fikir-fikirkanlah..

Mujahadah diri



Islam itu bukan sekadar amalan ritual semata-mata.. Islam itu adalah ad-deen, cara hidup. Apabila kita meletakkan islam itu sebagai cara hidup, terasa wah.. luasnya islam ni.. bukan setakat solat, puasa, zakat, haji je.. ia merangkumi segala-galanya dalam kehidupan kita. Dari segi pergaulan kita, hobi kita, cita-cita kita, pemikiran kita, dan lain-lain sehinggalah kepada perasaan kita, semuanya kenalah lihat dari kaca mata (spek mata) islam.. wah, begitu halusnya islam ni.. itu yang aku rasa apabila mengetahui yang kita kena alirkan islam dalam segala-galanya dalam kehidupan kita. Apabila kita dah memisahkan islam hanya untuk waktu-waktu tertentu, tempat-tempat tertentu, sebenarnya kita telah pun sekular dalam hidup kita. Maka, marilah kita buang segala macam jahiliyyah dalam diri, dari segi perbuatan jahiliyyah kita, pemikiran jahiliyyah kita, cita-cita jahiliyah kita, hobi jahiliyyah kita, perangai jahiliyyah kita, yang tidak berlandaskan islam.. sebab nur hanya menempati hati-hati yang bersih. Jangan cepat berputus asa jika sukar untuk membuangnya. Teruskan berusaha.. Teruskan bermujahadah.. Ingatlah bahawa insya Allah, Allah akan menganjarkan pahala setiap pengorbanan yang kita telah lakukan untuk mendapat keredhaanNya, kasih sayangNya.. Kasih sayang yang mana lagi yang lebih agung dari kasih sayang Illahi.. Seperti mana dalam firmanNya yang dalam surah An-Nisa: 145-146 yang bermaksud

4:145 Sungguh, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka

4:146 kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang-orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang-orang yang beriman.

Wednesday, December 1, 2010

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Blog BASHAR SBP Integrasi Gopeng,Perak sesi 2010/2011.

Antara tujuan blog ini diwujudkan adalah bagi:
  • Memperkenalkan Badan Sahsiah dan Rohani Pelajar(BASHAR) SBPI Gopeng kepada umum
  • Sebagai medium dakwah dan saling ingat-mengingati antara para muslim dan muslimah
  • Berkongsi pelbagai ilmu dan maklumat berguna mengenai agama Islam sebagai gaya hidup
  • Memaparkan aktiviti-aktiviti BASHAR SBPI Gopeng yang telah dijalankan untuk dikongsi bersama
Diharapkan moga para pengunjung dan kami sendiri,pihak Bashar SBPI Gopeng, dapat sama-sama memperolehi kebaikan dan keredhaan Yang Maha Esa atas perkongsian ilmu dan maklumat berguna di blog ini.Kami juga ingin memohon jasa baik para pengunjung untuk berkongsi mengenai blog ini kepada orang ramai.Segala komen dan maklumat boleh dihantar ke alamat e-mel bashar.gibs@yahoo.com atau di ruangan 'chatbox'.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada Allah juga namun disandarkan atas kelemahan kami sendiri.

Wassalam.