“Maksud akhi,Islam tu mudah yang macamane?”tanya Yus(bukan nama sebenar) kepada naqibnya dengan penuh ingin tahu.
Sambil tersenyum Akh Amer(bukan nama sebenar) membalas, ‘maksudnya Islam itu dah sedia mudah,Islam tidak menyuruh penganutnya sentiasa solat berdiri,namun jika tidak mampu berdiri,solatlah dengan duduk,jika dengan duduk juga tidak mampu,solatlah dalam keadaan baring,jika tidak mampu juga,gunalah mata,jika tidak mampu juga,gunalah hati dan sememangnya tiada siapa yang xley solat dengan hati.Maksud ambil mudah pula, dah sakit,takyah solatla..haaaa tu la ambil mudah.”
Semua ahli Quranic Group(Usrah) kumpulan Akh Amer menganggukkan kepala kecuali Faiz,banyak lagi soalan yang bermain di dalam kepalanya.Matanya tajam merenung ke arah karpet baldu.
“bang,apa pula maksud Islam itu mudah dan jangan menyusahkannya,saya dengar daripada So’ud,”Faiz membuka mulut.
Akh Amer yang dari tadi perasan ketidaksenangan Faiz tersenyum dan di dalam hatinya terungkap segala pujian kepada Allah kerana mad’unya yang seorang ini berani bertanya.Akh berdiam menyusun bicara supaya jawapannya mudah dan ringkas seperti yang disukai Rasulullah.Rasulullah menyuruh kita berdoa dengan doa yang pendek tetapi padat seperti satu kisah,dari ‘Aishah, “aku pernah bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah,jika aku berada pada Lailatul Qadar,apa perlu aku buat?” Rasulullah bersabda, “Bacalah:اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَفَاعْفُ عَنِّي (Maksudnya : “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau sukakan pengampunan, maka ampunilah aku”). (H.R. Tirmidzi)
“Maksud Islam itu mudah dan jangan susahkannya,kita ambil solat sebagai contoh.Nabi kata, “Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat.” So, macamana nabi Solat?Kita tahu?”Akh bertanya dengan tujuan ingin memastikan mad’u-mad’unya mendengar leterannya.
“Tak..tapi kita ikut hadis dan Imam Syafi’e kan bang?”Farhan mencelah.
[to be continued.....]